April 25, 2013

Meow Meow.

Assalamu'alaikum.
14 Jamadil Akhir 1434H.

Hari tue ade ckp nk kongsi skit fakta kucing kn? Hari tue ke? Kelmarin kot. Ok, so ari nie nk sharela skit. Tak byk pn. Sila la bace er.

Fakta tentang kucing.

1. Kucing memiliki 30 ruas tulang belakang. 5 kali lebih banyak dari manusia.
2. Kucing memiliki 230 tulang, 24 kali lebih banyak dari manusia.
3. Kucing tidak memiliki tulang selangka. [nk tahu ape tulang selangka klik sini ]
4. Kelenturan tubuh kucing sangat menakjubkan, kaki depannya dapat diputar ke segala arah dan sesetengah bahagian tubuhnya dapat bergerak ke arah yang berlawanan.
5. Pendengaran kucing lebih sensitif dari manusia dan anjing. Batas pendengaran kucing 65khz, sedangkan manusia ialah 20khz.
6. Kucing memiliki mata terbesar berbanding dengan mamalia lain [dalam hubungan mata dengan tubuh]
7. Kucing tidak dapat melihat pada kegelapan mutlak, akan tetapi ketajaman matanya pada waktu malam sangat baik. Mata kucing memiliki lapisan penyerap cahaya yang dapat berfungsi untuk memperkuat cahaya yang merentasi retina.
8. Pandangan kucing ialah 185 darjah.
9. Kucing memiliki deria hidu 20-80 juta sel olfactory, sedangkan manusia hanya 5-20 juta.
10. Denyut nadi kucing normal antara 110-170 denyutan per minit [jika nk lakukan pemeriksaan nadi, lakukan di peha belakang di bahagian sendi yg mnghubungkan kaki dgn tubuh]
11. Kucing menarik nafas sebanyak 20-40 kali per minit.
12. Suhu tubuh kucing normal 38.8C.
13. Kucing kampung dapat lari dengan kecepatan 31 batu per jam.
14. Kucing memiliki saraf yang sangat sensitif.
15. Kucing dapat melompat ke ketinggian 5 kali tinggi badannya.
16. Setiap kucing memiliki corak hidung yang sanagt khas sehingga setiap kucing berbeza corak hidung masing-masing.
17. Kucing bertindak balas terhadap daripada panggilan wanita lebih baik pada lelaki.
18. Orang yg alergi terhadap kucing pada umumnya alergi trhadap air liur kucing.
19. Mengusap kucing merupakan salah satu cara menurunkan tekanan darah.
20. Rahang kucing tidak boleh bergerak ke kiri dan kanan.
21. Kucing dapat membuat lebih drpd 100 bunyi vokal, anjing hanya sekitar 10 bunyi vokal.
22. Kucing berpeluh melalui telapak kakinya.
23. Kucing tidak dapat merasa manis.
24. Seekor kucing memilik 32 otot pada setiap telinga.
25. Umur kucing lebih pantas bergerak berbandig manusia.

Tue je yg aku dpt share. Hehe. Kalau ade sesape tahu lg fakta pasal kucing, jgnla sgn sgn share er. :)

Sekian. ^^,

No comments: